Top 5 smartphone yang mampu dimiliki
Dunia kini dibanjiri dengan lambakan telefon pintar (yang banyak membantu memudahkan tugas harian pengguna) untuk menyenangkan pengguna semua. Kini banyak aplikasi telah dicipta untuk membuat pengguna terhibur seperti permainan video, laman sosial dan juga aplikasi lalu-lintas. kami menyenarai beberapa telefon pintar yang boleh dikatakan berada didalam kategori harga yang rendah dan sederhana.
5. Nokia lumia 820 windows phone = RM 1000 – RM 1100
Nokia Lumia 820 adalah salah satu Microsoft windows phone 8 yang mampu dimiliki dilengkapi dengan skrin paparan 4.3-inci dengan resolusi 480×800 dan juga kamera belakang 8-megapiksel.
Dari segi spesifikasi lain Lumia 510 mempunyai cip pemproses Qualcomm MSM8960 Snapdragon dengan kelajuan 1.5GHz Adreno 255, memori simpanan dalaman 8GB 1GB RAM serta bateri berkapasti 1650mAh.
4.Sony Xperia TX LT29 = RM 1000 – RM 1050
Telefon pintar ini amat nipis dan ringan dengan seberat 127g. ketinggian dan kelebaran adalah 68.6x131mm yang disenaraikan didalam 5 senarai telefon pintar yang mampu dimilik
Dari segi speksifikasi lain TX LT29 mempunyai skrin paparan TFT LCD 4.55-inci dengan resolusi 720×1280, cip pemproses Qualcomm Snapdragon MSM8260A Dual-Core dengan kelajuan 1500MHz 1G RAM, dilengkapi dengan bateri berkapasiti 1750mAh, kamera belakang 13.2-megapiksel manakala kamera depan .1.3-megapiksel dan juga mempunyai memori simpanan dalaman 16GB. TX LT29 berasaskan Android 4.0 (Ice Cream Sandwich)
3. Galaxy Grand Quattro = RM 900 – 950
Samsung Galaxy Win |8552 atau lebih dikenali sebagai Galaxy Grand Quattro. Telefon pintar ini mempunyai kelebihan melalui dual-sim, telefon ini amat sesuai kepada pengguna yang menggunakan dua sim kad.
Dari segi spesifikasi Grand Quattro mempunyai skrin paparan 4.7-inci dengan resolusi 480×800-megapiksel, cip pemproses Qualcomm MSM8625Q Snapdragon 200 Quad-Core dengan kelajuan 1.2GHz Cortex-A5, dilengkapi dengan bateri berkapasiti 2000mAh, kamera 5-megapiksel dan mempunyai memori simpanan dalaman 8GB 1GB RAM, berasaskan Android 4.1.2 (Jelly Bean)
2. HTC One V = RM 600 – 640
Dari segi spesifikasi HTC One V mempunyai skrin paparan Super LCD2 bersaiz 3.7-inci dengan resolusi 800×480, cip pemproses Qualcomm Snapdragon MSM8255 dengan kelajuan 1GHz. Selain itu One V dilengkapi dengan bateri berkapasiti 1500mAh, kamera 5-megapiksel pada bahagian belakang dan juga mempunyai 4GB memori simpanan dalaman serta menggunakan Android 4.0 (Ice Cream Sandwich) dengan UI HTC Sense.
1. Galaxy S3 Mini = RM 850 – RM 900
Adakah anda merupakan pengemar telefon pintar yang bersaiz kecil dan kompak? Jika jawapan anda adalah ya, Galaxy S3 Mini mungkin menjadi pilihan anda.
Dari segi spesifikasi Galaxy S3 Mini mempunyai skrin paparan Super AMOLED bersaiz 4-inci dengan resolusi 480 x 800, cip pemproses NovaThor U8420 Dual-Core Cortex-A9 dengan kelajuan 1GHz, dilengkapi dengan bateri berkapasiti 1500mAh, kamera 5-megapiksel auto focus dengan Flash LED dan mempunyai 8GB memori simpanan dalaman 1GB RAM. Galaxy S3 Mini juga berasaskan Android 4.1 (Jelly Bean)
Syarikat pengeluar telefon pintar seperti Samsung, Nokia dan Sony perlu menawarkan lebih banyak telefon dengan harga yang berpatutan seperti diatas sekaligus membolehkan lebih banyak pengguna muda memilikinya.
No comments :
Post a Comment