Motorola akhirnya telah melancarkan telefon pintar yang ditungu-tunggu ramai, Moto G, salah satu lagi telefon pintar yang dikeluarkannya di bawah seliaan Google yang sekarang memiliki syarikat tersebut.
Motorola Moto G Dilancarkan
Telefon pintar Moto G yang dilancarkan Motorola dilengkapi skrin 4.5-inci, 1280 x 720 kepadatan piksel 329ppi, pemproses 1.2GHz quad-core Snapdragon 400, 1GB RAM dan pilihan rung storan 8GB atau 16GB. Telefon pintar ini menjalankan Android 4.3 Jelly Bean, namun Motorola menjanjikan satu kemaskini Moto G ke Android $.4 KitKat menjelang Januari tahun hadapan.
Walaubagaimanapun berita paling menggembirakan mengenai telefon pintar ini adalah harganya. Model dengan 8GB ruang storan hanya berharga USD 179 (RM600+/-), manakala versi dengan 16GB ruang storan pula hanya berharga USD 199 (RM650+/-).
Jika dibandingkan spesifikasi yang dilengkapinya dan harganya, ia jauh mendahului pesaing pada julat harga yang sama, di mana letaknya telefon pintar seperti Samsung Galaxy Fame, LG Optimus L3 2 dan Nokia Lumia 520.
Dari segi rekabentuk, ia banyak mengambil ilham dari telefon pintar Moto X yang hanya dijual di US. Apa yang berbeza ialah penutup bahagian belakang yang boleh ditukar-tukar, pilihan warna adalah seperti yang dipaparkan di dalam gambar di atas.
Moto G telah mula dijual di Brazil dan beberapa bahagian Eropah termasuk UK mulai semalam dan akan muncul di negara-negara Amerika Latin, sebahagian Asia dan negara-negara Eropah yang lain tidak lama lagi. US, India, Timur tengah dan negara-negara Asia lain akan mendapat telefon pintar ini dalam bulan Januari.
No comments :
Post a Comment