Monday, 25 November 2013

#tech- Top 5 smartphone android 2013

Top 5 smartphone android 2013




Tahun 2013 menyaksikan pengukuhan Android sebagai antara kuasa besar industri telefon pintar dengan banyak syarikat gergasi melancarkan telefon pintar masing-masing yang memenuhi permintaan penggunaa. Kami menyenaraikan 5 telefon pintar Android 2013 berdasarkan peranti yang sudah mula dijual di pasaran setakat ini. Nexus 5 mungkin akan menjadi salah satu daripada telefon pintar terbaik tahun ini, namun ianya masih belum dilancarkan secara rasmi.



1.Samsung Galaxy Note 3

Ketika dilancarkan tiga tahun lalu, Samsung tidak sama sekali menyangka peranti didalam kategori phablet ini akan menjadi antara peranti paling popular. Kini generasi ketiga phablet ini telah dilancarkan dan dikatakan merupakan antara peranti Android terbaik bagi tahun ini.

Dari segi spesifikasi, Galaxy Note 3 dilengkapi dengan skrin paparan Super AMOLED 5.7-inci, pemproses Snapdragon 800 berkelajuan 2.26GHz dan merupakan telefon pintar pertama didunia dengan 3GB RAM. Selain itu, Note 3 juga dilengkapi dengan kamera hadapan 13MP dengan 2 pilihan memori simpanan dalaman iaitu 32GB dan 64GB serta menyokong 4G LTE. 5 Sebab Galaxy Note III harus dimiliki?

Harga semasa : RM 2399



2.HTC One

HTC One hadir sebagai peranti harapan yang mampu mengubah masa depan HTC yang tidak menentu sejak kebelakangan ini. Dari segi spesifikasi HTC One, disertakan dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 600 berkelajuan 1.7GHz yang sama seperti Galaxy S4, skrin paparan Super LCD 4.7-inci dengan kepadatan piksel 486ppi, kamera ultrapiksel 4MP, kamera hadapan 2.1MP dan pilihan memori simpanan dalaman 32GB dan 64GB. Dari segi luaran HTC One mempunyai rangka berasakan aluminium yang memberikan imej peranti ‘mewah’ berbanding S4 yang hanya menggunakan rangka plastik.

Harga semasa : RM 1900 – RM 2100



3.Samsung Galaxy S4

Galaxy S4 merupakan salah satu peranti utama yang dilancarkan awal tahun ini. Dari segi spesifikasi Galaxy S4 ditawarkan dengan dua pilihan pemproses iaitu quad-core Snapdragon 600 dan pemproses 1.6GHz octa-core, skrin paparan Super AMOLED 5-inci dengan kepadatan piksel 441ppi, kamera belakang 13MP, kamera hadapan 2MP, 3 pilihan memori simpanan dalaman iaitu 16/32 dan 64GB.

Selain itu, banyak ciri-ciri Galaxy S4 akan menjadi kesukaan anda, seperti pemproses berkuasa tinggi, memori simpanan dalaman yang banyak, bateri yang boleh ditukar dan boleh dikatakan sama seperti HTC One dengan beberapa kelebihan kecuali pengguaan plastic sebagai bahan pembuatan utama. 6 Teknologi Terbaru Pada Samsung Galaxy S5

Harga semasa : RM 1800 – RM 2000



4.Xperia Z1

Sony Xperia Z1 yang sebelum ini dikenali sebagai Xperia Honami merupakan pengganti kepada Xperia Z yang telah dilancarkan awal tahun ini. Dari segi spesifikasi, Xperia Z1 ini dilengkapi dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 800 dengan kelajuan 2.26Ghz dan disertakan dengan 2GB RAM., skrin paparan 1080p Triluminos 5-inci dengan kepadatan piksel 44ppi, Android 4.2.2. Jelly Bean dan memori simpanan dalaman 16GB.

Anda mungkin tertanya-tanya mengenai kamera pada peranti ini, untuk pengetahuan anda Xperia Z1 hadir dengan kamera 20.7MP yang mampu memberikan pengguna kualiti gambar yang seakan-akan diambil menggunakan kamera DSLR. Ketahui 3 ‘Cameraphone’ Terbaik – Lumia 1020, S4 Zoom Dan Xperia Z1

Harga semasa : RM 2399



5.Google Nexus 4

Nexus 4 merupakan peranti Google yang dilancarkan dengan versi Android 4.2 Jelly Bean yang asli. Dari segi spesifikasi Nexus 4 mempunyai skrin paparan 4.7-inci IPS WXGA, pemproses Krait dual-core 1.5GHz, kamera belakang 8MP, kamera hadapan 1.3MP dan mempunyai dua pilihan memori simpanan dalaman iaitu 8GB dan 16GB.

Selain itu, salah satu kekurangan Nexus 4 ini ialah ianya tidak menyokong 4G LTE dan mengulas mengenai perkara ini, LG berkata mereka tidak menyertakan sokongan LTE adalah untuk mengurangkan kos. Google Nexus 5 Dengan Android KitKat DiLancarkan 30 Oktober

Harga semasa : RM 1100 – RM 1300


No comments :

Post a Comment