Friday, 22 November 2013

#teknologi-samsung s5



Khabar angin mengenai sebuah pengimbas mata pada Samsung Galaxy S5 telah timbul bulan lalu. Ia kelihatan seperti satu penipuan, namun kini terdapat bukti mengenainya dengan pededahan sebuah paten milik Samsung oleh Patent Bolt.


Samsung Galaxy S5 Dengan Pengimbas Mata?

Patent Bolt telah mendedahkan sebuah paten milik Samsung yang menunjukkan plan untuk sebuah pengimbas mata. Pengimbas mata ini dipercayai akan dilengkapkan pada telefon pintar Samsung Galaxy S5.

Paten tersebut memaparkan beberapa diagaram yang menunjukkan sebuah telefon pintar dengan unit pengesan iris dan sensor jarak dekat. Sensor tersebut akan mengesan objek dekat, dan jika objek tersebut merupakan mata, ia akan mengimbasnya. Ia dijangka digunakan sebagai mekanisma keselamatan sepertiman TouchID.

Munasabah untuk Samsung melakukan sedemikian, memandangkan sebagai pesaing Apple, tentu ia mahu megeluarkan sesuatu untuk bersaing dengan ciri keselamatan Apple. Persoalannya adakan ia akan disertakan dalam Samsung Galaxy S5 atau digunapakai pada peranti selepas itu?

Tetapi jika difikirkan, siapakah yang mahu sebuah telefon pintar yang perlu menimbas mata untuk dibuka kuncinya? Bayangkan pengguna terpaksa memegang telefon pintar di hadapan muka sementara ia menimbas mata. Tentunya ia memalukan jika dilakukan di khalayak ramai. Itu lah Samsung yang mahukan inovasi sehingga kadang kala tidak memikirkan aplikasi praktik. Namun mereka ada pasukan pemasaran yang hebat, jadi mereka tidak perlu risau tentang itu.

Apa pun, jika dikeluarkan pada telefon pintar utama, pengimbas mata tentunya menjadi tajuk utama berita. Namun dengan Samsung Galaxy S5 dijangka akan dilancarkan pada awal Januari, mungkin fungsi ini tidak sempat untuk disertakan pada telefon pintar itu.

No comments :

Post a Comment