Friday, 22 November 2013

#tech- berita gadget bulan oktober




1.Apple memperkenalkan beberapa produk terbaru mereka seperti iPad Air, iPad Mini, MacBook Pro, Mac Pro, OS X Mavericks 10.9 dan kemaskini aplikasi iWorks Dan iLife :

- iPad Generasi kelima dikenali sebagai iPad Air. membawakan rekaan yang lebih nipis dilengkapi dengan cip pemprosesan 64-bit A7 dan juga cip M7. Kamera 5-megapixel (iSight, video 1080p, FaceTime. iPad Mini generasi kedua pula hadir dengan skrin paparan Retina, cip A7 64-bit dan daya tahan bateri sehingga 10 jam

- Laptop MacBook Pro hadir dengan paparan Retina bersaiz 13-inci, processor Intel Core i5 2.4GHz, memori 4GB RAM, dan grafik Intel Iris. Ketahanan bateri 13-inci boleh digunakan selama 9jam, sementara versi 15-inci pula selama 8jam. MacBook Pro dijual pada harga bermula RM4199

- Mac Pro pula produk terbaru Apple memfokuskan kepada pengguna yang memerlukan komputer pemprosesan tinggi. Ianya menggunakan Intel Xeon E5 3.7Ghz, memori sebanyak 12GB DDR3 ECC, dua AMD FirePro D300, enam port Thunderbolt 2 dan 2 USB port. Mac Pro dijual pada harga RM9699. OS X Mavericks 10.9 dan iWorks Dan iLife pula ditawarkan Percuma kepada pengguna Apple (Mac, iOS)

- Harga iPhone 5S dan iPhone 5C di Malaysia juga dikemaskini. Untuk model iPhone 5C, versi 16GB = RM1999, 32GB = RM2399. Untuk iPhone 5S pula, versi 16GB = RM2399, 32GB = RM2749 dan 64GB = RM3149.

2. Kemaskini terbaru Windows 8 iaitu Windows 8.1 kini boleh dimuat turun melalui Windows Store. Windows 8.1 menampilkan menampilkan rekaan yang lebih kemas dan beberapa fungsi terbaru termasuk mengembalikan semula Start Button. Saiz fail muat turun sekitar 3.6GB.

3. Selain kemaskini Windows 8.1, Microsoft juga mengeluarkan aplikasi Remote Destop untuk pengguna peranti Android dan iOS. Aplikasi ini membolehkan pengguna mengakses PC Windows melalui telefon pintar atau tablet.

4. Beberapa jam tangan pintar mula diperkenalkan. Terawal ialah Sony SmartWatch 2 dan Samsung Galaxy Gear yang menggunakan platform android. Adidas dan Nike (Nike+ FuelBand SE) turut tidak ketinggalan memperkenalkan jam tangan pintar yang lebih berasaskan kecergasan untuk mereka yang aktif bersukan. Fitbit Force juga antara jam tangan berasaskan kecergasan.



5. Versi terbaru Ubuntu iaitu Ubuntu 13.10 (Saucy Salamander) turut dilancarkan untuk dimuat turun secara percuma. Selain itu, pengeluar Canonical juga melancarkan Ubuntu Touch untuk pengguna telefon Galaxy Nexus, Nexus 4 dan beberapa peranti lain. Di samping itu, sistem operasi generasi baru Ubuntu 14.04 dinamakan Trusty Tahr turut diwawarkan bakal diperkenalkan pada April 2014.

6. HTC mengumumkan telefon pintar HTC One Max. HTC One Max membawakan skrin bersaiz 5.9-inci dengan paparan HD penuh 1080p, cip processor Snapdragon 600 1.7GHz, Android 4.3 Jelly Bean, 2GB RAM, kamera belakang HTC UltraPixel, kamera hadapan 2.1-megapixel dan bateri 3300mAh.




7. Samsung memperkenalkan telefon pintar skrin melengkung dikenali Galaxy Round. Galaxy Round mempunyai skrin bersaiz 5.7-inci dengan paparan 1080p, kamera 13-megapixel, 3GB RAM, cip pemprosesan 2.3GHz dan menggunakan Android 4.3 Jelly Bean. Pihak LG juga turut hadir dengan telefon dengan skrin melengkung dinamakan sebagai G Flex.



8. Platform blog terbaru iaitu Ghost dilancarkan kepada umum. Ghost merupkan platform blog yang memfokuskan kepada penulisan membawakan rekabentuk yang kemas dan mudah digunakan. Pendaftaran boleh dibuat di laman rasmi Ghost, dan boleh di muat-turun untuk dipasang pada komputer atau web.

9. Google mengeluarkan aplikasi untuk para designer membuat iklan animasi dalam bentuk HTML5 dikenali sebagai Web Designer. Google Web Designer ini masih dalam bentuk beta dan ianya percuma untuk dimuat-turun.

10. November ini YouTube akan mengadakan Anugerah Muzik dikenali YouTube Music Awards. Artis popular termasuk artis YouTube akan menyertai anugerah ini. Anugerah ini akan disiarkan secara langsung melalui YouTube.

11. Rangkaian Adobe telah digodam mengakibatkan lebih 2.9 juta maklumat pelanggan terdedah. Maklumat seperti nama, nombor kad kredit dan informasi lain. Laman Google Malaysia juga digodam oleh Team Madleets pada 11 Oktober lalu. Mereka mengubah DNS domain Google.com.my dan juga Google.my ke alamat IP yang berbeza berbanding yang sepatutnya.




12. Setelah Microsoft membeli servis dan peranti Nokia, kini Microsoft mebuat perbincangan bersama HTC untuk menyertakan sistem operasi Windows Phone pada telefon pintar Android. Walaubagaimanapun ianya masih belum dipastikan bagaimana sistem dijalankan.

13. Twitter memfailkan IPO (Initial Public Offering) yang membolehkan pelabur luar untuk membeli saham dalam syarikat itu pada bulan akan datang. Syarikat berharap akan mengumpul $1 bilion dalam IPO ini, seterusnya menjadikan syarikatnya bernilai $15 bilion.

14. Android Jelly Bean kini mempunyai pengguna paling ramai iaitu 48.6% hasil gabungan Android versi 4.1, 4.2 dan 4.3. Manakala Android Gingerbread sebanyak 28.5%, diikuti oleh Ice Cream Sandwich berjumlah 20.6%.

15. Dell memperkenalkan dua tablet terbaru iaitu Venue 7 dan Venue 8. Tablet ini menggunkan Android 4.2 Jellybean, menggunakan cip Intel Atom, bersaiz 7 dan 8 inci, resolusi skrin 1280×800, ram 2GB RAM, berkamera belakang 3-Megapixel, dan depan 2-Megapixel.

No comments :

Post a Comment