Friday, 22 November 2013

#info- pertandingan 7 keajaiban dunia



GENEVA: Teluk Halong di Vietnam, Terumbu Karang Besar Australia, Laut Mati adalah antara 28 yang bertanding untuk mendapatkan pengiktirafan sebagai antara tujuh keajaiban dunia terbaru.

Yayasan New 7 Wonders of Nature, Switzerland mengadakan undian seluruh dunia di mana sesiapa saja d boleh mengundi tempat yang mereka suka melalu telefon, pesanan ringkas atau laman sosial di internet.
Undi sudah ditutup dan keputusan awal akan diumumkan hari ini.

Antara finalis yang diumumkan Julai lalu adalah Gunung Matterhorn, Milford Sound di New Zealand dan Pulau Galapagos.

No comments :

Post a Comment