Friday, 22 November 2013

#tech- berita teknologi bulan november

1. Google memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka Nexus 5 kepada umum sekaligus memperkenalkan versi terbaru Android 4.4 dikenali Android Kitkat. Nexus 5 menggunakan processor Snapdragon 800,2GB of RAM, kamera 8MP & 1.3MP dan paparan HD 5-inci 1080p. Nexus 5 dijual dengan harga 16GB = $349 (~RM1699), 32GB = $399.



2. Sony Entertainment Malaysia memperkenalkan konsol PlayStation 4 di Malaysia dengan harga bermula RM1799 dan bakal dijual di Malaysia pada 20 Disember 2013. Selain itu, lensa-kamera Cyber-shot QX100 juga akan dijual di Malaysia pada harga RM1499.

3. Statistik terbaru Facebook kini digunakan oleh lebih 1.19 bilion pengguna aktif setiap bulan yang mana secara purata 728 juta pengguna mengaksesnya setiap hari dan lebih 874 juta pengguna aktif mengaksesnya melalui peranti mudah-alih.

4. Motorolo memperkenalkan telefon pintar dikenali Moto G yang memiliki paparan 720p bersaiz 4.5-inci (resolusi 1280×720 pixel), processor Snapdragon 400, memori 1GB RAM, kamera belakang 5-megapixel dan menggunakan Android 4.3. Moto G dijual dengan harga $179 (~RM574) untuk versi 8GB dan $199 untuk 16GB.

5. Motorola mewawarkan Projeck Ara yang memfokuskan kepada hardware iaitu Phoneblock. Phoneblok merupakan telefon pintar beronsepkan modular yang mana pengguna boleh memilih dan memasang komponen mengikut kesukaan mereka, sekaligus memudahkan lagi proses menaik-taraf peranti.



6. Pembangun CyanogenMod memperkenalkan aplikasi klien khas untuk memudahkan pengguna memasang ROM CyanogenMod pada telefon pintar atau tablet mereka. Buat masa ini, sokongan peranti masih terhad untuk beberapa telefon pintar. Untuk maklumat lanjut boleh pergi ke laman sesawang Cyanogenmod.org

7. Tablet Samsung Galaxy Note 10.1 mula ditawarkan di Malaysia bermula 7 November 2013 dengan harga RM2299. Samsung Galaxy Note 10.1 2014 menyertakan skrin bersaiz 10.1-inci, 2.3 GHz Quad Core processor , memori 3GB RAM, serta hadir dengan sokongan S-Pen. Fungsi popular Samsung turut hadir seperti S-Note, Air Command, Action Memo dan sebagainya.

8. NVIDIA mengumumkan tablet terbaru dikenali Tegra Note yang berharga $200. Tegra Note menggunakan processor Tegra 4, kamera 5MP, skrin bersazi 7-inci dan disertakan sokongan pen DirectStylus NVIDIA.



9. HTC One Mini mula di tawarkan di Malaysia pada harga RM1699. HTC One Mini memiliki processor 1.4GHz Snapdragon 400, skrin bersaiz 4.3-inci dengan paparan 720p, memori 1GB RAM, dan kamera belakang 4-UltraPixel. Fungsi popular HTC seperti Blinkfeed, HTC Zoe dan juga BoomSound.

No comments :

Post a Comment