Tuesday, 17 December 2013

Nexus 5 Lebih Kukuh Hasil Penambahbaikan Proses Buatan LG


Buatan Nexus 5 Lebih Kukuh Hasil Penambahbaikan Proses Buatan LG


LG dan Google telah menambahbaik proses buatan Nexus 5, memberikannya buatan lebih kukuh. Namun berita ini tentu tidak diterima baik oleh pengguna yang telah membeli awal peranti tersebut.





LG dan Google telah menambahbaik proses buatan Nexus 5 menjadikan buatannya lebih kukuh. Pengguna telefon pintar tersebut telah mengadu terdapat bunyi-bunyi bergetar yang kurang menyakinkan dari butang kuasa dan volume dan menurut XDA Developers forum, LG telah mereka semula proses buatannya untuk memperbaiki masalah ini.

Bukan sahaja butang-butang tersebut diperkukuhkan, malah LG juga telah membuat sedikit penambahbaikan pada speaker pada bawah telefon pintar terebut dengan memperbesarkan sedikit lubang-lubang yang dimesin seupaya ia lebih besar daripada buatan sebelumnya.

Tidak jelas apakah manafaat daripada penambahbaikan ini dan tidak jelas samada lubang yang lebih besar ini akan memberikan prestasi audio yang lebih baik. Namun, di jangka ia tidak memberikan apa-apa manafaat besar pada prestasi audio.

Ini bukan kali pertama LG dan Google mengubahsuai model telefon pintar mereka selepas pelancaran. Nexus 4 menerima dua bonggolan kecil di bahagian belakangnya selepas beberapa bulan dilancarkan untuk membolehkan telefon pintar terebut diangkat sedikit apabila diletakkan pada permukaan rata seterusnya membolehkan bunyi keluar dengan lebih baik daripada speaker pada bahagian belakangnya.

Tetapi mereka yang telah membeli Nexus 5 lebih awal tentunya agak tidak berpuas hati mendengan perkembangan ini, tambahan pula tiada program pertukaran telefon pintar diumumkan oleh syarikat LG mahupun Google.

No comments :

Post a Comment