Apple Dikatakan Sedang Menguji iPad 2K dan 4K
Tablet iPad dengan skrin Retina menerima banyak kritikan dari pelbagai pihak kerana walaupun mempunyai resolusi tinggi, ia tidak cukup tinggi untuk menandingi tablet seperti Kindle Fire HDX. iPad Pro 12.9 inci yang dikhabarkan baru-baru ini pula dikatakan akan dilengkapi skrin dengan resolusi 2K dan 4K.
Apple Dikatakan Sedang Menguji iPad 2K dan 4K
Menurut laman web Pad News dari China, Apple sedang menguji tablet bersaiz besar dengan resolusi skrin 2K dan 4K. Sumber dalaman Foxconn yang enggan dikenali mengatakan terdapat sebuah prototaip iPad 12.9 inci dengan skrin dengan resolusi 2K.
Sebuah iPad Pro dengan resolusi skrin 4K tentunya menakjubkan dengan resolusi yang dijangka mencapai 4096 x 3072. Resolusi ini lebih tinggi daripada TV Ultra HD yang dijual di pasaran pada masa kini. Ia juga adalah dua kali ganda resilusi iPad terkini yang mempunyai resolusi 2048 x 1536 dengan kepadatan piksel 264 ppi.
Buat masa ini, tablet 8.9 inci Amazon Kindle Fire HDX mempunyai skrin dengan resolusi 2560 x 1600 dan kepadatan piksel 339 ppi. Ia mempunayi lebih sejuta piksel lebih berbanding iPad terkini.
Walaubagaimanapun, tarikh pelancaran tablet Apple 12.9 inci yang dikhabarkan pada awal 2014 telah tidak lagi sah dan anggaran terbaru meletakkan pelancarannya pada lewat 2014 sekitar bulan yang sama iPad Air dilancarkan. Ada juga sumber yang meramalkan iPad Pro dengan skrin 2K dan 4K akan dilancarkan sebagai kemas kini spesifikasi pada bulan April depan.
Apa pun semua ini adalah spekulasi dan tiada apa yang disahkan lagi selagi tiada kenyataan rasmi dari Apple dan syarikat itu tidak dijangka membuat sebarang pengumuman dalam masa terdekat.
No comments :
Post a Comment