Monday, 16 December 2013

#Biz- 50 Idea Perniagaan Sampingan 'Terbaik' Untuk Anda Mula Hari Ini


1- Perniagaan Kedai Online EdyMart
-boleh mula berniaga tanpa modal atau dengan modal yang sangat rendah.
-menggunakan konsep Dropship.
-boleh terus memiliki Kedai Online persendirian.

2- Perniagaan CupCake
-sangat sesuai untuk peminat CupCake.
-menggunakan peralatan yang sedia ada dirumah.
-modal permulaan yang rendah dan mudah dipasarkan.

3- Perniagaan Coklat Buatan Tangan
-permintaan yang sangat luas dan tinggi.
-kadar keuntungan yang tinggi.
-antara perniagaan yang sesuai untuk suri rumah.

4- Pelaburan Forex
-antara senjata kekayaan yang terbukti jika faham cara pelaburannya.
-memerlukan modal yang sederhana.
-boleh berniaga dari mana-mana sahaja tempat didunia asalkan ada internet.

5- Pelaburan Unit Amanah
-salah satu pilihan untuk memaksimumkan pendapatan.
-memberikan keuntungan jangka panjang.
-satu bentuk pelaburan yang berisiko rendah.

6- Perniagaan Kraftangan Rotan
-memiliki permintaan yang tinggi.
-margin untung yang tinggi.
-perlukan inovasi dan kreativiti untuk hasilkan produk.

7- Penternakan Ikan Tilapia
-boleh mula menternak dalam kolam tanah.
-mendapat permintaan yang tinggi dari industri makanan.
-industri makanan ialah antara industri yang kuat kerana ianya keperluan.

8- Pelaburan Dinar Emas
-antara senjata kekayaan yang diketahui umum.
-harga yang sentiasa meningkat.
-antara komoditi yang sentiasa mendapat permintaan tinggi.

9- Penanaman Herba
-harga pasaran yang tinggi.
-kurang persaingan dan kurang bekalan yang membuka peluang besar.
-permintaan yang tinggi dari kilang dan semua lapisan masyarakat.

10- Penternakan Kambing
-daging kambing mendapat permintaan tinggi dalam industri makanan.
-harga pasaran yang stabil.
-susu kambing juga kini semakin mendapat permintaan tinggi dari pasaran.

11- Pemborong / Agen Pewangi Jenama Semerbak
-memiliki pelbagai variasi minyak wangi.
-semakin popular dengan permintaan tinggi dari pengguna.
-margin keuntungan yang tinggi.

12- Pelaburan Hartanah Lelong
-salah satu peluang dalam pelaburan hartanah yang menguntungkan.
-dapat membeli hartanah pada harga lelong.
-keuntungan yang tinggi dalam jangka masa panjang.

13- Pelaburan Emas
-antara senjata kekayaan yang diketahui umum.
-harga yang sentiasa meningkat.
-antara komoditi yang sentiasa mendapat permintaan tinggi.

14- Pelaburan Saham
-boleh menjana pendapatan yang tinggi jika faham caranya.
-memerlukan modal yang sederhana.
-berpeluang untuk memiliki saham syarikat tersenarai di Bursa Malaysia.

15- Perniagaan Percetakan T-Shirt
-permintaan yang tinggi dari pelbagai organisasi kerajaan mahupun swasta.
-salah satu keperluan hidup manusia, semua orang memakai t-shirt.
-permintaan yang berterusan setiap masa.

16- Penulis Buku
-menulis buku tentang apa sahaja yang anda tahu, mahir atau minat.
-mendapat keuntungan dari komisyen dan berterusan.
-minat membaca rakyat Malaysia juga sedang meningkat setiap tahun.

17- Penulis eBuku @ eBook
-tulis ebook berdasarkan minat dan/atau pengetahuan anda.
-proses penerbitan yang ringkas menggunakan komputer dan internet.
-boleh mencapai sasaran jualan pada jutaan pembaca di internet.

18- Menjahit Baju Kurung
-sesuai untuk suri rumah yang mencari pendapatan tambahan.
-boleh sasarkan pelanggan dari kawasan kejiranan.
-permintaan yang sangat tinggi terutama pada musim perayaan.

19- Jurugambar Bebas
-berpeluang untuk bekerja luar demi memenuhi permintaan pelanggan.
-permintaan yang tinggi dari pasaran terutama untuk pelbagai majlis.
-memerlukan daya kreatif untuk edit gambar menjadikannya menarik.

20- Perniagaan Barang Permainan
-pasaran yang pelbagai samada dari dalam negara dan luar negara.
-pelbagai platform jualan seperti eBay, Lelong, Mudah.my.
-permintaan yang sangat tinggi disokong oleh industri komik dan perfileman.

21- Pemborong / Agen Pewangi Berjenama Terkemuka
-menyediakan barisan minyak wangi berjenama terkemuka di dunia.
-pilihan untuk jadi agen dropship atau pemborong.
-margin keuntungan yang tinggi dari setiap botol yng terjual.

22- Perancang Perkahwinan
-membantu merancang majlis perkahwinan pasangan.
-menyelaraskan semua perkara yang berkaitan dengan majlis.
-permintaan yang tinggi terutama pada musim cuti sekolah.

23- Penternakan Ikan Keli
-permintaan tinggi dari industri makanan terutama restoran.
-harga pasaran yang tinggi dari dalam dan luar negara.
-keuntungan jangka panjang yang berkekalan.

24- Perniagaan Kuih Raya
-permintaan yang tinggi apabila tiba musim perayaan.
-pasaran yang luas dengan pelbagai variasi perayaan.
-pelbagaikan jenis kuih untuk mendapat keuntungan yang berganda.

25- Perniagaan Kek Coklat
-satu lagi perniagaan makanan yang memiliki permintaan tinggi.
-sesuai untuk pelbagai majlis, memiliki pasaran yang luas.
-dengan kreativiti yang tersendiri, boleh pelbagaikan variasi untuk jualan.

26- Perniagaan eBay
-dengan jutaan pelawat setiap hari yang boleh dijadikan pelanggan.
-sesuai untuk anda yang sukakan proses jual beli produk fizikal.
-berpeluang menjual produk ke pasaran antarabangsa.

27- Pemborong Barangan Dari China
-perlu melalui kursus teori sebelum pergi ke China.
-mengikut rombongan ke China dan memborong produk niaga.
-bantuan dan bimbingan dari pelbagai aspek lengkap oleh penganjur.

28- Perniagaan Affiliate
-satu bentuk perniagaan internet yang memerlukan modal rendah.
-kaji dan pilih satu produk yang berpotensi tinggi dari pengeluar produk.
-daftar affiliate, dapatkan link affiliate peribadi, dan mulakan promosi.

29- Pelaburan Saham Melalui Kursus Bimbingan
-kursus diberi oleh pelabur berpengalaman.
-tip dan strategi pelaburan yang terbaik dan terkini.
-bimbingan dan bantuan selepas kelas untuk jangka masa panjang.

30- Perniagaan Kentang Spring
-mudah dikendalikan, kos rendah serta permintaan yang tinggi.
-dapatkan pakej kit mula niaga dan panduan permulaan yang lengkap.
-boleh mula berniaga di pasar pagi, pasar malam atau depan rumah anda.

31- Perniagaan Sauna Di Rumah
-sediakan satu bilik khas dirumah anda untuk kelengkapan sauna.
-sediakan pakej menarik dengan harga yang kompetitif berbanding spa.
-dapat membantu diri dan kenalan menikmati sauna sambil berjimat juga.

32- Perniagaan Dobi
-satu industri yang semakin mendapat perhatian dan permintaan hari ini.
-dapat selesaikan masalah pengurusan pakaian untuk keluarga yang sibuk.
-berpeluang mendapat kontrak kerja, contoh dari industri perhotelan.

33- Pelaburan Hartanah
-mengajar anda bagaimana membuat pelaburan hartanah.
-boleh mula melabur walau pendapatan kurang dari RM2,000 sebulan.
-dipimpin oleh pelabur hartanah yang berpengalaman.

34- Penulis Blog
-reka satu nama untuk jenama perniagaan dan daftarkan sebagai domain.
-bina blog anda, tuliskan perkara yang anda minat / mahir / bidang anda.
-terokai pelbagai cara untuk jana wang dari blog yang dibina itu.

35- Perniagaan Cetak T-Shirt Teknik Silkscreen
-permintaan yang tinggi dari pelbagai sektor swasta mahupun kerajaan.
-margin keuntungan tinggi, boleh mencecah 100%.
-kos operasi yang rendah, boleh bermula dari rumah.

36- Perniagaan Roti Canai
-makanan kegemaran nombor satu rakyat Malaysia.
-boleh buat depan rumah setiap pagi / malam / hujung minggu.
-boleh kembangkan kepada roti canai segera dan murtabak.

37- Perniagaan Taufufah Dan Air Soya
-kos yang rendah, dengan hanya 4 bahan asas untuk pembuatan.
-keuntungan yang berlipat kali ganda untuk pasaran semasa.
-boleh berniaga sampingan di depan rumah / pasar malam.

38- Perniagaan Cakoi Dan Donut
-cakoi makanan yang mempunyai peminatnya yang tersendiri.
-donut juga sangat popular dalam masyarakat Malaysia.
-boleh berniaga sampingan di depan rumah / pasar malam.

39- Agen Hartanah
-hartanah telah terbukti antara senjata kekayaan ramai jutawan.
-komisen yang tinggi, antara kerjaya dengan pulangan yang lumayan.
-dengan teknik pemasaran yang betul, jualan 1 unit sebulan sudah memadai.

40- Perniagaan Twisto
-Twisto, makanan segera yang berasal dari Mexico dan Perancis.
-perniagaan berkonsep mudah alih yang semakin mendapat perhatian.
-keuntungan yang tinggi dan persaingan yang kurang.

41- Perniagaan Percetakan Cenderahati
-sasaran pasaran yang luas samada dari swasta, kerajaan, pelancongan dll.
-margin untung yang tinggi terutama tempahan dalam kuantiti tinggi.
-boleh serahkan pada ramai agen untuk aktiviti pemasaran skala besar.

42- Perniagaan Waffle
-boleh berniaga di mana sahaja tanpa perlu ruang yang khusus.
-makanan ringan yang sentiasa mendapat permintaan dengan stabil.
-margin untung yang tinggi dan persaingan yang kurang.

43- Jurubahasa Inggeris
-bahasa Inggeris merupakan antara bahasa terbesar penggunaannya di dunia.
-penterjemah, guru tusyen antara perkhidmatan boleh dikembangkan.
-boleh bekerja mengikut kesesuaian masa sendiri dengan bayaran yang tinggi.

44- Perniagaan Nama Domain
-domain name / nama domain ialah nama dan alamat untuk laman web.
-beli nama domain pada harga rendah dan jual kembali pada harga tinggi.
-perlukan kreativiti tinggi untuk mereka nama domain yang unik.

45- Perniagaan Minyak Wangi AlHajj
-minyak wangi dari usahawan Malaysia yang berwawasan tinggi.
-produk berkualiti tinggi, memiliki permintaan tinggi sedia ada.
-beli pada harga borong, jual semula pada harga pasaran.

46- Jurubahasa Mandarin
-boleh menjadi penterjemah bahasa Mandarin secara bebas.
-boleh menjadi guru kepada pelajar yang berminat untuk kuasai Mandarin.
-boleh mengalihbahasa buku dan menjual semula dengan kerjasama penerbit.

47- Perniagaan Laman Keahlian
-bina satu laman keahlian dengan kandungan yang menarik.
-caj yuran keahlian bulanan atau tahunan sebagai pendapatan berulang.
-boleh kembangkan samada laman keahlian tempatan atau antarabangsa.

48- Perniagaan Kad Kahwin
-boleh mulakan dengan modal yang rendah secara sampingan.
-target pasaran pada pasangan bakal pengantin yang ramai setiap tahun.
-tanpa perlukan kedai, kilang, mesin mahupun pekerja.

49- Perniagaan Laman Web / Blog
-disifatkan sebagai hartanah di dunia maya dan ianya sangat bernilai.
-anda bina laman web / blog dengan nama domain yang menarik.
-jual hasil rekaan anda itu di laman jual beli web Flippa.

50- Perniagaan Pusat Tuisyen
-kenal pasti matapelajaran / subjek yang anda minat dan mahir.
-kenal pasti siapa target pasaran / pelanggan / pelajar sekeliling anda.
-boleh buat secara sambilan di rumah pada waktu malam atau hujung minggu.

No comments :

Post a Comment