Wednesday, 18 December 2013

Tip Promosi Terbaik Di Internet # 1



Tip Promosi Di Internet # 1


Hari ini saya akan beritahu anda mengapa anda

perlu belajar menggunakan internet untuk mendapatkan

jualan!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sebab # 1 : Mengenalpasti Pasaran Dengan Lebih Mudah!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Beritahu saya bagaimana anda melakukan aktiviti
mengenalpasti pasaran pada waktu sekarang ini?

Untuk pengetahuan anda, proses mengenalpasti pasaran
adalah langkah pertama untuk memulakan aktiviti perniagaan.

Apa Maksudnya?

Maksudnya jika pada peringkat awal ini anda gagal
untuk mengenalpasti pasaran untuk perniagaan anda,
maknanya anda akan gagal dalam perniagaan yang
akan di usahakan.

Di internet, proses mengenalpasti pasaran dan
permintaan menjadi lebih mudah!

anda tidak perlu membelek akhbar dan majalah
atau membuat survey hanya untuk mengenalpasti
pasaran dan permintaan.

Proses ini boleh dilakukan dengan membuat carian
di enjin carian seperti Google.com dan Yahoo.com.

Taip sahaja “Apa yang pelanggan mahukan” dengan
kecepatan masa beribu-ribu maklumat akan disiarkan.

Daripada jawapan yang diberikan oleh enjin pencari
ini alif sudah boleh membuat penyelidikan tentang
keperluan dan kemahuan pengguna!


UNTUK LAGI MUDAH SILA TEKAN 'INI'

Tuesday, 17 December 2013

SAMSENG FACEBOOK - SISTEM TRAFIK PERCUMA FACEBOOK!


SAMSENG FACEBOOK - SISTEM TRAFIK PERCUMA FACEBOOK!


Sistem Samseng Facebook | Hari ini, saya ingin berkongsikan dengan anda semua satu sistem yang sangat menarik untuk blogger yang mahu menjadi usahawan internet atau mahu menambah trafik ke blog atau website.








Sistem Samseng Facebook merupakan satu teknik untuk merampas trafik daripada facebook tanpa memaksa, dan meng'invite' rakan-rakan anda untuk like page atau website anda di facebook. Sistem Samseng Facebook ini adalah script yang dipasang di website atau blog anda dengan menggunakan Teknik Underground yang digunakan oleh hacker underground di negara kita..



Menarik bukan? tanpa buat Fan Page atau Group Facebook, tanpa invite orang like, ini kerana orang lain akan like blog anda dengan cara yang terpaksa kerana Teknik Viral Acting yang ada pada Script Sistem Samseng Facebook ini, boleh merampas trafik daripada Facebook secara paksa.


Sistem ini dijual melalui Jomniaga, dimana pembelian anda akan dijamin. Jika tiada apa-apa peningkatan dan keberkesanan pada trafik anda, anda akan diberikan pulangan selama 30 hari. Jadi tiada apa-apa risiko untuk melakukan pembelian ini.



Harga yang berpatutan, murah dan mudah untuk diaplikasikan pada website atau blog anda..mahu mencuba Sistem Samseng Facebook ini?


Lihat dulu penerangan dalam video ini dan lakukan pembelian apabila sudah memahami nanti: Samseng Facebook - Sistem Trafik Percuma FaceBook!

TEKAN LINK INI UNTUK MENGETAHUI RAHSIA TRAFIK PERCUMA

Apple Sedang Menguji iPad 2K dan 4K


Apple Dikatakan Sedang Menguji iPad 2K dan 4K


Tablet iPad dengan skrin Retina menerima banyak kritikan dari pelbagai pihak kerana walaupun mempunyai resolusi tinggi, ia tidak cukup tinggi untuk menandingi tablet seperti Kindle Fire HDX. iPad Pro 12.9 inci yang dikhabarkan baru-baru ini pula dikatakan akan dilengkapi skrin dengan resolusi 2K dan 4K.


Apple Dikatakan Sedang Menguji iPad 2K dan 4K

Menurut laman web Pad News dari China, Apple sedang menguji tablet bersaiz besar dengan resolusi skrin 2K dan 4K. Sumber dalaman Foxconn yang enggan dikenali mengatakan terdapat sebuah prototaip iPad 12.9 inci dengan skrin dengan resolusi 2K.

Sebuah iPad Pro dengan resolusi skrin 4K tentunya menakjubkan dengan resolusi yang dijangka mencapai 4096 x 3072. Resolusi ini lebih tinggi daripada TV Ultra HD yang dijual di pasaran pada masa kini. Ia juga adalah dua kali ganda resilusi iPad terkini yang mempunyai resolusi 2048 x 1536 dengan kepadatan piksel 264 ppi.

Buat masa ini, tablet 8.9 inci Amazon Kindle Fire HDX mempunyai skrin dengan resolusi 2560 x 1600 dan kepadatan piksel 339 ppi. Ia mempunayi lebih sejuta piksel lebih berbanding iPad terkini.

Walaubagaimanapun, tarikh pelancaran tablet Apple 12.9 inci yang dikhabarkan pada awal 2014 telah tidak lagi sah dan anggaran terbaru meletakkan pelancarannya pada lewat 2014 sekitar bulan yang sama iPad Air dilancarkan. Ada juga sumber yang meramalkan iPad Pro dengan skrin 2K dan 4K akan dilancarkan sebagai kemas kini spesifikasi pada bulan April depan.

Apa pun semua ini adalah spekulasi dan tiada apa yang disahkan lagi selagi tiada kenyataan rasmi dari Apple dan syarikat itu tidak dijangka membuat sebarang pengumuman dalam masa terdekat.

Nexus 5 Lebih Kukuh Hasil Penambahbaikan Proses Buatan LG


Buatan Nexus 5 Lebih Kukuh Hasil Penambahbaikan Proses Buatan LG


LG dan Google telah menambahbaik proses buatan Nexus 5, memberikannya buatan lebih kukuh. Namun berita ini tentu tidak diterima baik oleh pengguna yang telah membeli awal peranti tersebut.





LG dan Google telah menambahbaik proses buatan Nexus 5 menjadikan buatannya lebih kukuh. Pengguna telefon pintar tersebut telah mengadu terdapat bunyi-bunyi bergetar yang kurang menyakinkan dari butang kuasa dan volume dan menurut XDA Developers forum, LG telah mereka semula proses buatannya untuk memperbaiki masalah ini.

Bukan sahaja butang-butang tersebut diperkukuhkan, malah LG juga telah membuat sedikit penambahbaikan pada speaker pada bawah telefon pintar terebut dengan memperbesarkan sedikit lubang-lubang yang dimesin seupaya ia lebih besar daripada buatan sebelumnya.

Tidak jelas apakah manafaat daripada penambahbaikan ini dan tidak jelas samada lubang yang lebih besar ini akan memberikan prestasi audio yang lebih baik. Namun, di jangka ia tidak memberikan apa-apa manafaat besar pada prestasi audio.

Ini bukan kali pertama LG dan Google mengubahsuai model telefon pintar mereka selepas pelancaran. Nexus 4 menerima dua bonggolan kecil di bahagian belakangnya selepas beberapa bulan dilancarkan untuk membolehkan telefon pintar terebut diangkat sedikit apabila diletakkan pada permukaan rata seterusnya membolehkan bunyi keluar dengan lebih baik daripada speaker pada bahagian belakangnya.

Tetapi mereka yang telah membeli Nexus 5 lebih awal tentunya agak tidak berpuas hati mendengan perkembangan ini, tambahan pula tiada program pertukaran telefon pintar diumumkan oleh syarikat LG mahupun Google.

Monday, 16 December 2013

#Biz- Kuasa Robot Untuk Pemasaran FaceBook?

Hai semua,

Adakah anda menghabiskan terlalu banyak masa di FaceBook, tetapi tak nampak hasil yang sepatutnya?

Mungkin anda sekarang ini sedang melalukan promosi di FaceBook dengan cara yang salah!

YA.. mungkin anda sekarang ini hanya menggunakan "kuasa manusia" iaitu masa anda sendiri, menghadap komputer 8-14 jam sehari di FaceBook.

Ada cara yang lebih baik, iaitu menggunakan "kuasa robot". Dapatkan maklumat penuh di sini:
SINI

Dengan sistem ini, anda boleh melakukan pemasaran FaceBook secara automatik.

"Robot FaceBook" akan membuat posting ke FB bagi pihak anda 24 jam sehari, ke semua akaun dan Page anda di FaceBook. Ia bagaikan "hamba" anda sendiri yang akan mengikut semua arahan anda tanpa banyak alasan, dan tanpa perlu makan atau tidur.


Mungkin idea menggunakan "kuasa robot" adalah baru untuk anda, tetapi ramai pakar media sosial di arena antarabangsa yang sedang menggunakan teknik ini tanpa anda sedari.

Kalau anda nak jimatkan masa dan dapatkan jualan yang lebih tinggi dari FaceBook, saya cadangkan anda gunakan "kuasa robot" secepat mungkin.

Ikhlas,
Alif

#Biz- 50 Idea Perniagaan Sampingan 'Terbaik' Untuk Anda Mula Hari Ini


1- Perniagaan Kedai Online EdyMart
-boleh mula berniaga tanpa modal atau dengan modal yang sangat rendah.
-menggunakan konsep Dropship.
-boleh terus memiliki Kedai Online persendirian.

2- Perniagaan CupCake
-sangat sesuai untuk peminat CupCake.
-menggunakan peralatan yang sedia ada dirumah.
-modal permulaan yang rendah dan mudah dipasarkan.

3- Perniagaan Coklat Buatan Tangan
-permintaan yang sangat luas dan tinggi.
-kadar keuntungan yang tinggi.
-antara perniagaan yang sesuai untuk suri rumah.

4- Pelaburan Forex
-antara senjata kekayaan yang terbukti jika faham cara pelaburannya.
-memerlukan modal yang sederhana.
-boleh berniaga dari mana-mana sahaja tempat didunia asalkan ada internet.

5- Pelaburan Unit Amanah
-salah satu pilihan untuk memaksimumkan pendapatan.
-memberikan keuntungan jangka panjang.
-satu bentuk pelaburan yang berisiko rendah.

6- Perniagaan Kraftangan Rotan
-memiliki permintaan yang tinggi.
-margin untung yang tinggi.
-perlukan inovasi dan kreativiti untuk hasilkan produk.

7- Penternakan Ikan Tilapia
-boleh mula menternak dalam kolam tanah.
-mendapat permintaan yang tinggi dari industri makanan.
-industri makanan ialah antara industri yang kuat kerana ianya keperluan.

8- Pelaburan Dinar Emas
-antara senjata kekayaan yang diketahui umum.
-harga yang sentiasa meningkat.
-antara komoditi yang sentiasa mendapat permintaan tinggi.

9- Penanaman Herba
-harga pasaran yang tinggi.
-kurang persaingan dan kurang bekalan yang membuka peluang besar.
-permintaan yang tinggi dari kilang dan semua lapisan masyarakat.

10- Penternakan Kambing
-daging kambing mendapat permintaan tinggi dalam industri makanan.
-harga pasaran yang stabil.
-susu kambing juga kini semakin mendapat permintaan tinggi dari pasaran.

11- Pemborong / Agen Pewangi Jenama Semerbak
-memiliki pelbagai variasi minyak wangi.
-semakin popular dengan permintaan tinggi dari pengguna.
-margin keuntungan yang tinggi.

12- Pelaburan Hartanah Lelong
-salah satu peluang dalam pelaburan hartanah yang menguntungkan.
-dapat membeli hartanah pada harga lelong.
-keuntungan yang tinggi dalam jangka masa panjang.

13- Pelaburan Emas
-antara senjata kekayaan yang diketahui umum.
-harga yang sentiasa meningkat.
-antara komoditi yang sentiasa mendapat permintaan tinggi.

14- Pelaburan Saham
-boleh menjana pendapatan yang tinggi jika faham caranya.
-memerlukan modal yang sederhana.
-berpeluang untuk memiliki saham syarikat tersenarai di Bursa Malaysia.

15- Perniagaan Percetakan T-Shirt
-permintaan yang tinggi dari pelbagai organisasi kerajaan mahupun swasta.
-salah satu keperluan hidup manusia, semua orang memakai t-shirt.
-permintaan yang berterusan setiap masa.

16- Penulis Buku
-menulis buku tentang apa sahaja yang anda tahu, mahir atau minat.
-mendapat keuntungan dari komisyen dan berterusan.
-minat membaca rakyat Malaysia juga sedang meningkat setiap tahun.

17- Penulis eBuku @ eBook
-tulis ebook berdasarkan minat dan/atau pengetahuan anda.
-proses penerbitan yang ringkas menggunakan komputer dan internet.
-boleh mencapai sasaran jualan pada jutaan pembaca di internet.

18- Menjahit Baju Kurung
-sesuai untuk suri rumah yang mencari pendapatan tambahan.
-boleh sasarkan pelanggan dari kawasan kejiranan.
-permintaan yang sangat tinggi terutama pada musim perayaan.

19- Jurugambar Bebas
-berpeluang untuk bekerja luar demi memenuhi permintaan pelanggan.
-permintaan yang tinggi dari pasaran terutama untuk pelbagai majlis.
-memerlukan daya kreatif untuk edit gambar menjadikannya menarik.

20- Perniagaan Barang Permainan
-pasaran yang pelbagai samada dari dalam negara dan luar negara.
-pelbagai platform jualan seperti eBay, Lelong, Mudah.my.
-permintaan yang sangat tinggi disokong oleh industri komik dan perfileman.

21- Pemborong / Agen Pewangi Berjenama Terkemuka
-menyediakan barisan minyak wangi berjenama terkemuka di dunia.
-pilihan untuk jadi agen dropship atau pemborong.
-margin keuntungan yang tinggi dari setiap botol yng terjual.

22- Perancang Perkahwinan
-membantu merancang majlis perkahwinan pasangan.
-menyelaraskan semua perkara yang berkaitan dengan majlis.
-permintaan yang tinggi terutama pada musim cuti sekolah.

23- Penternakan Ikan Keli
-permintaan tinggi dari industri makanan terutama restoran.
-harga pasaran yang tinggi dari dalam dan luar negara.
-keuntungan jangka panjang yang berkekalan.

24- Perniagaan Kuih Raya
-permintaan yang tinggi apabila tiba musim perayaan.
-pasaran yang luas dengan pelbagai variasi perayaan.
-pelbagaikan jenis kuih untuk mendapat keuntungan yang berganda.

25- Perniagaan Kek Coklat
-satu lagi perniagaan makanan yang memiliki permintaan tinggi.
-sesuai untuk pelbagai majlis, memiliki pasaran yang luas.
-dengan kreativiti yang tersendiri, boleh pelbagaikan variasi untuk jualan.

26- Perniagaan eBay
-dengan jutaan pelawat setiap hari yang boleh dijadikan pelanggan.
-sesuai untuk anda yang sukakan proses jual beli produk fizikal.
-berpeluang menjual produk ke pasaran antarabangsa.

27- Pemborong Barangan Dari China
-perlu melalui kursus teori sebelum pergi ke China.
-mengikut rombongan ke China dan memborong produk niaga.
-bantuan dan bimbingan dari pelbagai aspek lengkap oleh penganjur.

28- Perniagaan Affiliate
-satu bentuk perniagaan internet yang memerlukan modal rendah.
-kaji dan pilih satu produk yang berpotensi tinggi dari pengeluar produk.
-daftar affiliate, dapatkan link affiliate peribadi, dan mulakan promosi.

29- Pelaburan Saham Melalui Kursus Bimbingan
-kursus diberi oleh pelabur berpengalaman.
-tip dan strategi pelaburan yang terbaik dan terkini.
-bimbingan dan bantuan selepas kelas untuk jangka masa panjang.

30- Perniagaan Kentang Spring
-mudah dikendalikan, kos rendah serta permintaan yang tinggi.
-dapatkan pakej kit mula niaga dan panduan permulaan yang lengkap.
-boleh mula berniaga di pasar pagi, pasar malam atau depan rumah anda.

31- Perniagaan Sauna Di Rumah
-sediakan satu bilik khas dirumah anda untuk kelengkapan sauna.
-sediakan pakej menarik dengan harga yang kompetitif berbanding spa.
-dapat membantu diri dan kenalan menikmati sauna sambil berjimat juga.

32- Perniagaan Dobi
-satu industri yang semakin mendapat perhatian dan permintaan hari ini.
-dapat selesaikan masalah pengurusan pakaian untuk keluarga yang sibuk.
-berpeluang mendapat kontrak kerja, contoh dari industri perhotelan.

33- Pelaburan Hartanah
-mengajar anda bagaimana membuat pelaburan hartanah.
-boleh mula melabur walau pendapatan kurang dari RM2,000 sebulan.
-dipimpin oleh pelabur hartanah yang berpengalaman.

34- Penulis Blog
-reka satu nama untuk jenama perniagaan dan daftarkan sebagai domain.
-bina blog anda, tuliskan perkara yang anda minat / mahir / bidang anda.
-terokai pelbagai cara untuk jana wang dari blog yang dibina itu.

35- Perniagaan Cetak T-Shirt Teknik Silkscreen
-permintaan yang tinggi dari pelbagai sektor swasta mahupun kerajaan.
-margin keuntungan tinggi, boleh mencecah 100%.
-kos operasi yang rendah, boleh bermula dari rumah.

36- Perniagaan Roti Canai
-makanan kegemaran nombor satu rakyat Malaysia.
-boleh buat depan rumah setiap pagi / malam / hujung minggu.
-boleh kembangkan kepada roti canai segera dan murtabak.

37- Perniagaan Taufufah Dan Air Soya
-kos yang rendah, dengan hanya 4 bahan asas untuk pembuatan.
-keuntungan yang berlipat kali ganda untuk pasaran semasa.
-boleh berniaga sampingan di depan rumah / pasar malam.

38- Perniagaan Cakoi Dan Donut
-cakoi makanan yang mempunyai peminatnya yang tersendiri.
-donut juga sangat popular dalam masyarakat Malaysia.
-boleh berniaga sampingan di depan rumah / pasar malam.

39- Agen Hartanah
-hartanah telah terbukti antara senjata kekayaan ramai jutawan.
-komisen yang tinggi, antara kerjaya dengan pulangan yang lumayan.
-dengan teknik pemasaran yang betul, jualan 1 unit sebulan sudah memadai.

40- Perniagaan Twisto
-Twisto, makanan segera yang berasal dari Mexico dan Perancis.
-perniagaan berkonsep mudah alih yang semakin mendapat perhatian.
-keuntungan yang tinggi dan persaingan yang kurang.

41- Perniagaan Percetakan Cenderahati
-sasaran pasaran yang luas samada dari swasta, kerajaan, pelancongan dll.
-margin untung yang tinggi terutama tempahan dalam kuantiti tinggi.
-boleh serahkan pada ramai agen untuk aktiviti pemasaran skala besar.

42- Perniagaan Waffle
-boleh berniaga di mana sahaja tanpa perlu ruang yang khusus.
-makanan ringan yang sentiasa mendapat permintaan dengan stabil.
-margin untung yang tinggi dan persaingan yang kurang.

43- Jurubahasa Inggeris
-bahasa Inggeris merupakan antara bahasa terbesar penggunaannya di dunia.
-penterjemah, guru tusyen antara perkhidmatan boleh dikembangkan.
-boleh bekerja mengikut kesesuaian masa sendiri dengan bayaran yang tinggi.

44- Perniagaan Nama Domain
-domain name / nama domain ialah nama dan alamat untuk laman web.
-beli nama domain pada harga rendah dan jual kembali pada harga tinggi.
-perlukan kreativiti tinggi untuk mereka nama domain yang unik.

45- Perniagaan Minyak Wangi AlHajj
-minyak wangi dari usahawan Malaysia yang berwawasan tinggi.
-produk berkualiti tinggi, memiliki permintaan tinggi sedia ada.
-beli pada harga borong, jual semula pada harga pasaran.

46- Jurubahasa Mandarin
-boleh menjadi penterjemah bahasa Mandarin secara bebas.
-boleh menjadi guru kepada pelajar yang berminat untuk kuasai Mandarin.
-boleh mengalihbahasa buku dan menjual semula dengan kerjasama penerbit.

47- Perniagaan Laman Keahlian
-bina satu laman keahlian dengan kandungan yang menarik.
-caj yuran keahlian bulanan atau tahunan sebagai pendapatan berulang.
-boleh kembangkan samada laman keahlian tempatan atau antarabangsa.

48- Perniagaan Kad Kahwin
-boleh mulakan dengan modal yang rendah secara sampingan.
-target pasaran pada pasangan bakal pengantin yang ramai setiap tahun.
-tanpa perlukan kedai, kilang, mesin mahupun pekerja.

49- Perniagaan Laman Web / Blog
-disifatkan sebagai hartanah di dunia maya dan ianya sangat bernilai.
-anda bina laman web / blog dengan nama domain yang menarik.
-jual hasil rekaan anda itu di laman jual beli web Flippa.

50- Perniagaan Pusat Tuisyen
-kenal pasti matapelajaran / subjek yang anda minat dan mahir.
-kenal pasti siapa target pasaran / pelanggan / pelajar sekeliling anda.
-boleh buat secara sambilan di rumah pada waktu malam atau hujung minggu.

#Biz- Tip 'percuma' menawan hati pelanggan


“Customer is always right!” jerit seorang bos yang merah padam mukanya seperti udang kena bakar kepada seorang pekerja sambil diperhatikan pelanggan wanita berbadan gempal yang tersenyum puas. Dengan kemarahan yang meluap-luap, pekerja itu mengorak langkah ke bahagian belakang kedai milik bos yang tidak berhati perutnya itu sambil diperhatikan pelanggan-pelanggan di dalam kedai. Dan sudah tentu, pintu belakang itu dihentam dengan sangat kuat, sebagai tanda protes.
Bunyi seperti kejam tetapi adakah bos itu memang betul-betul kejam? Atau ini lumrah biasa dalam dunia perniagaan? Atau memang pekerja tersebut patut kena pecat sejak dahulu lagi? Atau tindakan pelanggan wanita itu yang sebenarnya melampau?
Apapun sebabnya, pelanggan adalah raja. Ya, raja! Walaupun kadang-kadang istilah ini adakalanya tidak sesuai kerana ada juga pelanggan yang bersikap kasar, tetapi bagi memastikan perniagaan anda berjalan dengan baik, anda patut, harus dan wajib membiarkan pelanggan menang.
Sungguhpun begitu, anda masih mempunyai hak di antara pelanggan. Contohnya, anda boleh menetapkan syarat-syarat jual beli. Cara ini membolehkan anda mengambil tindakan sekiranya berlaku pelanggaran syarat yang telah ditetapkan.
Satu perkara yang patut anda tahu ialah pelanggan itu bukan pembeli tetapi pembeli itu adalah pelanggan. Maksudnya setiap pelawat yang mengunjungi laman web untuk perniagaan online anda atau premis untuk perniagaan offline anda merupakan pengunjung anda tetapi belum tentu mereka membeli produk anda. Manakala mereka yang membeli adalah pelanggan.
Jadi, yang mana satukah paling penting untuk anda jaga dan hargai dengan sebaiknya? Sudah tentulah kedua-duanya, tetapi yang paling utama ialah pelanggan anda. Bukan senang untuk anda memperoleh pelanggan yang baru. Adalah lebih mudah anda menawarkan produk yang baru kepada pelanggan sedia ada berbanding pelanggan baru.
Di bawah ini saya berikan anda beberapa rahsia menawan hati pelanggan:
1. Produk berkualiti tinggi.
Ini adalah resepi asas kejayaan sesuatu perniagaan. Anda akan dapat menawan pelanggan dengan mudah sekiranya kualiti produk yang anda sediakan adalah baik.
Sebaliknya, jika produk anda, tidak kiralah sama ada ia bersifat online atau offline berkualiti rendah, “word of mouth” ataupun mulut orang akan mudah disebarkan oleh pelanggan-pelanggan yang tidak berpuas hati kepada “calon-calon pelanggan” anda.
Tawan pelanggan anda dengan produk yang berkualiti. Ia akan memberi keuntungan bagi jangka masa yang panjang sekiranya kualiti produk sentiasa diperbaiki mutunya.
Sekiranya anda menawarkan perkhidmatan, pastikan ia adalah sempurna dan cepat, lebih-lebih lagi pada zaman sekarang. Sekiranya bakal pelanggan menghubungi anda, layan dengan cepat dan sempurna. Permintaan kini menerapkan kecepatan dan jangka masa menjadi faktor utama bagi pelanggan membuat pilihan. Kalau kita tengok sekarang ini, tidak hairanlah restoran-restoran makanan segera (A&W, KFC, Burger King, Pizza Hut) mendapat permintaan yang tinggi, kerana pelanggan memang tak suka menunggu lama-lama!
Lagi satu ialah produk atau perkhidmatan yang tidak berkembang. Sebagai usahawan, sekiranya anda tidak berfikiran global dan futuristik, barangan yang dijual ataupun perkhidmatan yang diberikan mungkin terkebelakang daripada segi ciri-cirinya dan mempunyai permintaan yang berkurangan. Maka, anda perlulah menambah ilmu pengetahuan dari semasa ke semasa dan ia boleh dilakukan dengan menghadiri kursus- serta seminar keusahawanan, mendapatkan nasihat daripada rakan-rakan serta mereka yang pakar dan juga membaca majalah-majalah serta laman web berkaitan usahawan. Contohnya, kes Perodua dan Proton. Agak-agak mana yang lebih laris dan kenapa?
2. Harga yang munasabah.
“Taukeh, tak boleh kurang ke harga? Manyak mahal woo”
Ini adalah lagi satu perkara yang amat-amatlah penting terutamanya di Malaysia. Belum apa-apa lagi, pelanggan sudah bertanyakan tentang harga. Ramai pengguna kini ialah pengguna yang bijak dan akan membandingkan harga sebelum membuat pembelian.
Tawan pengguna dengan memberikan produk dan perkhidmatan pada harga yang munasabah dan bersesuaian dengan kualiti produk anda. Terdapat banyak perniagaan menggunakan model harga rendah bagi memenangi hati pelanggan.
Tetapi ingat, jangan kerana ingin memenangi hati pelanggan, harga yang diberikan membuatkan anda merana!
3. Berikan sesuatu yang lebih.
Beri lebih daripada apa yang disangka kepada para pelanggan anda, dan pulangannya ialah pasaran yang lebih luas. Ini kerana pelanggan yang gembira akan berkongsi pengalaman mereka dengan kenalan-kenalan mereka. Buah mulut yang baik berkenaan perniagaan anda akan menawan lebih ramai pelanggan yang setia.
Contohnya, berikan pelanggan anda kupon diskaun untuk pembelian seterusnya sebagai tanda terima kasih kerana membuat pembelian di kedai anda. Ia juga akan meninggalkan memori manis serta boleh bertindak sebagai motivasi kepada mereka agar membeli daripada anda lagi. Prinsip ini yang dipraktikkan oleh One Apple, anak syarikat Big Apple yang meletup-letup jualan mereka di Malaysia.
4. Pekerja yang mesra
Sebagai bos, mendidik pekerja ataupun rakan perniagaan yang bernaung di bawah satu syarikat memang sangat mencabar. Salah faham, bertengkar, bertumbuk pun ada! Pendek kata, kalau tidak sabar, memang sia-sia sahaja penat lelah anda.
Sama ada organisasi besar mahupun yang kecil, mendidik pekerja seakan seperti mendidik anak kecil.. Hasil kejayaan perniagaan adalah bergantung kepada hasil kerja pekerja anda. Jika cemerlang maka cemerlanglah perniagaannya. Jika sebaliknya anda jugalah yang kena tanggung.
Bagi pekerja yang pakar dan berpengalaman dalam kerja yang dilakukan, maka mudah untuk usahawan itu melatih. Begitu juga bagi pekerja yang mempunyai tahap pemahaman yang pantas, tidak menjadi masalah besar untuk usahawan itu melatih. Ajar sekali, terus faham, senang cerita.
Sebaliknya, jika pekerja-pekerja anda kurang pakar, tidak banyak pengalaman, ambil masa yang lama untuk belajar, degil pula, memang bermacam-macam perkataan kurang enak didengar akan keluar sekiranya anda memang panas baran! Dalam situasi seperti ini, jangan sesekali gunakan kemarahan dalam mendidik pekerja baru, mereka akan hilang rasa hormat pada anda. Yakinkan pekerja kita, jika berusaha sedikit demi sedikit, dirinya akan menjadi pandai juga.
5. Jenama yang hebat
Penjenamaan adalah topik besar dalam perniagaan, walaupun anda menjual cekodok goreng sekalipun. Mempunyai jenama yang kuat dalam minda pelanggan akan memberikan impak besar dalam pengekalan perniagaan dalam pasaran. Malah jenama yang kuat juga secara tidak langsung akan memasarkan sendiri nama produk itu kepada bakal pelanggan baru. Bagaimana ini boleh berlaku?
Sekiranya jenama produk / perkhidmatan itu berjaya menawan hati pelanggan, maka secara tidak langsung nama produk itu akan sentiasa berada dalam minda pelanggan itu sendiri. Walaupun proses ini mengambil masa yang agak lama terutama sekali produk baru yang ingin bersaing dengan produk yang sedia ada dalam pasaran. Namun masih tidak terlambat jika anda bekerja keras untuk memastikan aktiviti penjenamaan berlaku seiring dengan pertumbuhan perniagaaan anda.
Contohnya, KRU Sdn Bhd. Tiga anak muda ini sangat mengutamakan faktor ini. Jika ada 3 projek, setiap projek akan mereka jalankan dalam 3 anak syarikat yang berbeza menggunakan pangkalan nama syarikat induk mereka, contohnya KRU Studios, KRU Media dan KRU Capital. Bunyi seperti KRU ini memang syarikat hebat bukan? Penjenamaan adalah kunci dan mereka pandai menggunakannya samapi ke tahap maksimum!
6. Adab pengurusan pelanggan cara Nabi Muhammad S.A.W.
A. Taaruf
Taaruf bermaksud kenal-mengenali. Sebagai peniaga mesti kenal dengan pelanggan kita. Bukan kenal secara peribadi seperti apa hobi dia, suka makan apa dan lain-lain. Tetapi kenal disini bermaksud anda tahu siapa pelanggan anda dan apa masalahnya. Tugas seorang usahawan ialah untuk menyelesaikan masalah itu.
Misalnya ada seseorang datang ke kedai anda. Dia tak cakap apa, anda ataupun pekerja anda pun tidak bertanya. Akhirnya, pelanggan tersebut keluar begitu sahaja. Rugi bukan? Jadi di sini, anda kena bertindak untuk ‘kenal’ dengan setiap prospek, agar anda tahu apa yang dia perlukan, dan anda dapat bantu dia. Misalnya orang yang masuk tadi, cuba anda sapa dengan ayat seperti “ Selamat datang cik, kami ada sediakan ….. apa yang boleh saya bantu cik?”. Sedap bunyinya, daripada nak window shopping, terus ter’sangkut’ pelanggan tersebut!
B. Tafahum
Maksudnya memahami. Sesudah berkenalan, senanglah untuk anda fahami dan bantu. Contohnya, pelanggan tadi berkata “saya ni selalu sakit bahu, penat bekerja lah katakana, sudah penat di pejabat, kerja di rumah bertimbun-timbun lagi, jadi saya nak cari plaster atau minyak yang boleh legakan otot di bahagian bahu saya”. Masalahnya anda sudah tahu. Sakit bahu. Untuk lebih memahami, anda kena lebih banyak berbual dan bertanya. Sejak bila sakit bahu? Adakah dia benar-benar sakit bahu atau sakit hati dengan perangai suami yang tidak membantu langsung? Sakit bahu amat kronik atau sengal-sengal biasa sahaja, dan sebagainya. Komunikasi dua hala akan membantu kita untuk memahami pelanggan kita. Tetapi jangan sampai terlebih Tanya, nanti sakit hati pula pelanggan tersebut.
C. Takaful
Takaful bermaksud saling membantu. Inilah objektif selepas melalui taaruf dan tahafum. Anda bantu pelanggan untuk selesaikan masalahnya, dan pelanggan tersebut bantu anda untuk close sale pada hari itu. Semudah 1,2,3, kan?
7. Pemasaran yang efektif
Aktiviti pemasaran adalah umpama jampi bagi sesebuah perniagaan. Ia dapat menarik ramai pelanggan dalam masa yang singkat sahaja, jika kena pada caranya.
Pertama, cari kumpulan sasaran. Misalnya, menjual ais krim kepada orang Eskimo adalah perbuatan yang sukar. Menjual ais krim kepada pengembara yang sesat di Gurun Sahara adalah perbuatan yang mudah. Malah dia sanggup membayar RM20 bagi ais krim yang modalnya cuma 20 sen.
Kedua, semasa membuat promosi, fokus pada bagaimana anda dapat bantu pelanggan. Tekankan keuntungan pada pihak pelanggan sebagai kesan setelah mereka mendapatkan produk atau perkhidmatan anda. Kurangkan fokus pada kelebihan produk. Fokus bahawa prospek akan lebih baik, hebat, sihat, bergaya, berkuasa, kaya dan berpengaruh jika memilih produk atau perkhidmatan anda.